DI balik runtuhan batu, jeritan anak kecil dan debu yang menutup langit Gaza, terselit persoalan besar yang perlu difahami seluruh umat manusia, siapa sebenarnya yang ‘mengawal kawalan jauh’ untuk menghancurkan bumi para nabi itu? Persoalan ini penting kerana setiap kali dunia dikejutkan dengan berita serangan akan muncul pula pengumuman ‘gencatan senjata sementara,’ kononnya tanda kemanusiaan. Namun, hanya dalam beberapa hari atau minggu, darah kembali tumpah dan peluru kembali berbunyi. Ia…










