PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menunjukkan perkembangan positif apabila kembali menjalani latihan ringan selepas menjalani pembedahan lutut empat minggu lalu. Kecederaan itu yang membelenggunya sebelum ini menyebabkan Shah Firdaus tidak dapat menyertai skuad negara ke Sukan SEA Thailand 2025 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pengarah teknikal berbasikal kebangsaan, John Beasley berkata, setelah empat minggu menjalani pembedahan, pelumba harapan negara itu menunjukkan perkembangan yang baik.…










