KEUPAYAAN kerajaan memulihkan RM15.5 bilion dana awam hasil rampasan dan kutipan penalti antara 2024 hingga 2025 merupakan pencapaian penting dalam sejarah tatakelola negara. Ia melambangkan keberkesanan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejayaan ini tidak boleh sekadar diraikan dalam bentuk angka sebaliknya mesti diterjemahkan melalui reformasi…










