PETALING JAYA: Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia bulan lalu memberi isyarat jelas skuad terjun negara masih berdepan cabaran teknikal menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan. Pengarah teknikal terjun negara, Yeoh Ken Nee berkata, walaupun terdapat peningkatan konsisten, beberapa aspek teknikal tertentu masih memerlukan perhatian serius. “Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pasukan, tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki aspek teknikal dan konsistensi yang kritikal sebelum Sukan SEA. “Penerjun menunjukkan…










