MUNICH: Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann tampil mempertahankan anak buahnya, Florian Wirtz yang kini bergelut menyesuaikan diri bersama Liverpool, sambil menyindir secara halus keadaan ‘tidak stabil’ kelab gergasi England itu di bawah kendalian Arne Slot. Wirtz yang berpindah ke Anfield dengan nilai lumayan 116 juta pound (RM692 juta) dari Bayer Leverkusen pada musim panas lalu, setakat ini gagal menonjol dalam 11 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang gol atau bantuan…










