LAS VEGAS: Lando Norris meneruskan usahanya memburu gelaran sulung Formula Satu apabila meraih petak utama ketiganya berturut-turut di Grand Prix Las Vegas, semalam. Pemandu McLaren dari Britain itu yang melonjak mendahului kejuaraan pemandu dengan kelebihan 24 mata selepas kemenangan di Brazil dan Mexico, mencatat masa terpantas satu minit 47.934 saat dalam perlumbaan yang menyajikan aksi berisiko dan berbahaya. Juara dunia Red Bull, Max Verstappen pula mencatat masa kedua terpantas dengan…










