PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil optimis kecederaan yang dialami dua atletnya dapat pulih sebelum bermulanya Sukan SEA Thailand. Manshahar berkata, atlet lompat bergalah wanita, Nor Sarah Adi dan Shereen Samson Vallabouy kini menjalani proses pemulihan sambil menyifatkan kecederaan yang dialami mereka berada dalam kawalan. “Kita mempunyai dua atlet yang sedang menjalani pemulihan, namun keadaan mereka tidaklah terlalu berat atau serius. “Saya yakin dan percaya berdasarkan laporan…










