VALENCIA: Pelumba Aprilia, Jorge Martin dijangka melakukan percubaan kebangkitan pada pusingan penutup Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 di Grand Prix (GP) Valencia hujung minggu ini, selepas kerap dilanda kecederaan sepanjang musim. Martin, juara dunia 2024, belum berlumba sejak GP Jepun akibat patah tulang selangka kanan yang dialami dalam perlumbaan sprint selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Marco Bezzecchi. Aprilia mengesahkan Martin akan ke Valencia, tetapi pelumba Sepanyol itu masih memerlukan lampu hijau…










