MANCHESTER: Aksi cemerlang Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akan teruji apabila dijadualkan bertandang ke Stadium Etihad berdepan Manchester City, awal pagi esok. Bournemouth yang kini di tangga kedua dengan 18 mata, menjadi antara pasukan yang beraksi cemerlang musim ini selepas hanya tewas sekali daripada sembilan perlawanan, menyamai rekod pendahulu liga, Arsenal. Antara kemenangan paling mengagumkan Bournemouth ialah menewaskan Tottenham, Ogos lalu dan Brighton pada pertengahan September…










