INDEKS Inovasi Global merupakan laporan tahunan yang diterbitkan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indeks ini mengukur dan meletakkan kedudukan lebih 130 negara di seluruh dunia berdasarkan keupayaan dan prestasi inovasi. Metodologi Indeks Inovasi Global (GII) menilai negara-negara menggunakan kira-kira 80 penunjuk yang dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu input inovasi dan output inovasi. Input inovasi merangkumi aspek institusi, modal insan dan penyelidikan,…










