Liverpool semakin tertekan

Liverpool semakin tertekan

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah sugul selepas pasukannya tewas 1-4 kepada PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Tekanan terhadap Arne Slot semakin memuncak selepas Liverpool dibelasah 1-4 oleh PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

Kekalahan itu menyaksikan The Reds tewas sembilan kali dalam 12 perlawanan terakhir di semua kejohanan, rekod terburuk mereka dalam 12 perlawanan sejak musim 1953-54.

Slot juga mengakui suasana di Anfield kini suram selepas kemerosotan berterusan pasukannya dengan penyokong menuntut perubahan segera dalam pasukan dibarisi bintang tiu.

“Saya mengharapkan persembahan yang lebih baik, kerana aksi kami jauh daripada apa yang biasa kami pamerkan. Walaupun kami kalah sebelum ini, prestasi kami tetap lebih baik,” kata Slot.

Liverpool tewas tiga perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dengan perbezaan tiga gol, dan kubu kebal Anfield turut runtuh, apabila kekalahan di laman sendiri kini melebihi jumlah keseluruhan musim lalu.

Namun biarpun mengalami kekalahan kedua terburuk Liverpool di pentas Eropah, Slot tetap bertegas beliau masih mendapat sokongan daripada pemilik AS, Fenway Sports Group.

“Saya rasa selamat, saya okey. Saya mendapat banyak sokongan daripada pihak atasan. Memang bagus kalau kami boleh bangkit dan menang, tetapi jika anda tidak bermain baik, soalan sebegini memang biasa.

“Saya selamat dengan kedudukan saya. Ini bukan kali pertama saya berada dalam situasi sukar, tetapi sudah tiba masanya kami memperbetulkan keadaan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN