Kelab Chile sedia tawar kontrak buat Holgado

Kelab Chile sedia tawar kontrak buat Holgado

Keputusan menurunkan pemain ‘tidak layak’ ketika berdepan Nepal dan Vietnam perlu dibayar harga mahal oleh skuad kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Chile, Coquimbo Unido bersedia untuk menyelamatkan karier penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado selepas keputusan rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dikeluarkan.

Menurut laporan portal berita berpengaruh Chile, En Chanca, kelab berkenaan bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Holgado apabila jendela perpindahan antarabangsa dibuka semula pada Januari depan.

Ketika ini, Coquimbo Unido terdesak untuk mengukuhkan skuad utama selepas hampir mendominasi saingan Liga Premier negara itu pada musim ini, namun terma kontrak juga bergantung kepada keputusan rayuan FIFA.

Menurut laporan itu, jika hukuman tersebut diringankan, pihak kelab tidak mempunyai masalah untuk menebus kontrak Holgado yang kini disisihkan oleh kelab Colombia, America de Cali kerana penggantungan FIFA selama 12 bulan.

Barisan kejurulatihan Coquimbo Unido yang diketuai Esteban Gonzalez sangat memandang tinggi bakat Holgado selepas penyerang itu meledak 34 gol ketika menyarung jersi pasukan berkenaan sebelum ini.

Keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA berhubung rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan mengenai isu pemalsuan dokumen dijangka diumumkan pada hari ini.

Jawatankuasa Rayuan FIFA telah bersidang di ibu pejabat perundangan badan induk itu di Miami, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bagi memutuskan keputusan berkenaan rayuan yang dikemukakan oleh FAM pada awal bulan lalu.

Pada September lalu, FIFA telah menggantung tujuh pemain warisan Malaysia selepas didakwa melakukan pemalsuan dokumen selain mendenda FAM sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.8 juta).

Selain Holgado, enam lagi pemain yang digantung FIFA adalah Facundo Garces, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×