PENGUMUMAN Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini mengenai pelaksanaan inisiatif dua guru dalam satu kelas bermula sesi akademik 2027 mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kaedah ini yang dikenali sebagai co-teaching menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, termasuk mereka yang bukan berlatar belakang pendidikan. Sebahagian pihak menyambutnya sebagai pembaharuan positif, manakala ada yang menzahirkan kebimbangan tentang keberkesanannya. Bagi sektor pendidikan awam, khususnya di sekolah, pendekatan…










