TANGGAL 29 Oktober lalu, genap setahun DATUK MOHD. YUSOFF MAMAT dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai ‘kejutan’ dilakukan seperti menguatkuasa larangan penduduk merentas sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok pada 1 Disember tahun lalu menerusi peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63. Selain itu, anak jati Kelantan itu dengan berani melancarkan ‘Jihad Dadah’ dan mendedahkan pelbagai masalah sosial termasuk sumbang…










