TURIN: Carlos Alcaraz bangkit menewaskan Taylor Fritz pada aksi ATP Final, semalam sekali gus menghampiri status selaku pemain No.1 dunia hujung musim ini buat kali kedua. Bintang Sepanyol berusia 22 tahun itu meraih kemenangan dramatik 6-7 (2/7), 7-5, 6-3 ke atas finalis tahun lalu, menjadikannya dua menang daripada dua perlawanan di Pala Alpitour, Turin. Alcaraz sepatutnya sudah layak ke separuh akhir jika Alex de Minaur berjaya menewaskan wakil tuan rumah,…










