PETALING JAYA: Pemain perseorangan No.1 negara, Leong Jun Hao akan menentang pemain berpengalaman India, H.S. Prannoy pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Kumamoto Masters hari ini dengan misi menamatkan badi tewas awal yang menghantuinya musim ini. Prestasi pemain No. 22 dunia itu dalam siri jelajah Eropah baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila tewas kesemuanya pada pusingan pertama, termasuk Terbuka Denmark, Perancis dan Hylo, menimbulkan persoalan tentang ketidaktentuan prestasinya setakat ini. Pengarah…










