“ADIL ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.” – Buya Hamka. Mungkin ramai sudah lupa. Pada 2017 riuh negara dengan desas-desus penganjuran Jerusalem Jubilee oleh kumpulan Kristian, All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC). Meskipun mereka berkeras acara tersebut tiada unsur zionisme namun poster yang tersebar bukan sahaja menunjukkan elemen bahasa Ibrani tetapi juga dengan jelas…