Vinicius mahu tinggalkan Real?

Vinicius mahu tinggalkan Real?

Vinicius Junior mendakwa beliau dihina dengan isu perkauman ketika aksi pertama berdepan Benfica minggu lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kem Real Madrid bergolak selepas Vinicius Junior sedang mempertimbangkan dengan serius untuk meninggalkan gergasi Sepanyol itu.

Bintang antabangsa Brazil itu mempertimbangkan tindakan itu selepas dia merasakan tidak lagi menerima rasa hormat daripada pengurus Xabi Alonso.

Pemain berusia 25 tahun itu antara penyerang paling berbakat di Eropah selepas membantu Madrid meraih 14 trofi sejak menyertai kelab itu pada tahun 2018.

Bagaimanapun, hubungan Vinicius dan Alonso semakin meruncing sejak kebelakangan ini termasuk ketika kemenangan Real ke atas Barcelona, kelmarin.

Selepas bermula di bangku simpanan ketika menentang Getafe, Vinicius kembali ke dalam kesebelasan utama bagi aksi El Clasico yang menyaksikan Kylian Mbappe dan Jude Bellingham menjaringkan gol sekali gus menang 2-1.

Namun, tindakan Vinicius yang berang dan meninggalkan padang menuju terowong selepas digantikan pada minit ke-72 mencemarkan sedikit kejayaan Real.

“Saya? Saya? Tuan, tuan! Saya?” jerit Vinicius ke arah Alonso ketika jersi nombor tujuh miliknya terpapar di papan pertukaran pegawai perlawanan keempat.

Ketika menuju ke bangku simpanan, dia dikatakan sempat merungut dengan keputusan Alonso dan meluahkan Hasrat untuk meninggalkan pasukan.

“Asyik saya. Saya keluar dari pasukan. Lebih baik saya pergi,” sebelum terus menuju ke bilik persalinan.

Vinicius hanya beraksi sepenuh masa dalam tiga daripada 13 perlawanan pertama musim ini dan bintang Brazil itu kini benar-benar menilai masa depannya di ibu kota Sepanyol.

Pengurusan Real dilaporkan tetap menyokong cara Alonso mengendalikan situasi itu dan bersedia mempertahankan sebarang keputusan yang dibuat pengurus kelahiran Sepanyol itu terhadap bintang berprofil tinggi berkenaan.

Pengurusan Bernabeu juga dikatakan tidak senang dengan kelakuan Vinicius dan tidak menolak kemungkinan pemain itu akan dikenakan denda besar sebagaimana kes serupa sebelum ini.

Alonso turut dikatakan kecewa dengan sikap anak buahnya itu, apatah lagi perlawanan berkenaan ditonton di seluruh dunia dan sarat dengan nilai simbolik dalam budaya bola sepak Sepanyol.

Ketegangan antara kedua-duanya dikatakan bermula bulan lalu apabila Vinicius tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Marseille.

Ketika itu, dia dilaporkan memaklumkan kepada rakan terdekat dia tidak menolak kemungkinan berpindah pada jendela perpindahan Januari.

Walaupun pertemuan dalaman selepas itu dilaporkan meredakan keadaan, insiden panas pada aksi El Clasico hujung minggu lalu dikatakan kembali menyalakan api ketegangan antara pemain dan pengurus. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN