PERSATUAN Penulis-Penulis Tamil Malaysia (MTWA) ditubuhkan pada 1963 terus giat mengangkat karya bahasa Tamil oleh penulis tempatan. Yang unik, persatuan ini mampu bergerak tanpa mengharapkan dana daripada mana-mana pihak. Pada 24 September lalu, saya bertemu presidennya, Mohanan Perumal yang meneraju persatuan ini sejak Mei 2024. Antara usaha besar beliau ialah kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). “Para penulis Tamil dan ahli persatuan sekitar 60 orang diberi penerangan tentang kriteria…