ELCHE: Sepanyol meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bergaya apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Georgia hasil jaringan Jeremy Pino dan Mikel Oyarzabal di Stadium Manuel Martinez Valero, Elche, semalam. Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna juara Eropah itu dalam Kumpulan E, sekali gus semakin menghampiri tiket ke Piala Dunia selepas menjaringkan 11 gol dalam tiga perlawanan tanpa bolos. Sepanyol kini mendahului kumpulan dengan sembilan mata, tiga mata di hadapan…