Sepanyol mara ke final selepas benam Perancis

Sepanyol mara ke final selepas benam Perancis

Lamine Yamal dan Nico Williams meraikan gol keempat Sepanyol menentang Perancis dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah di Stuttgart, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STUTTGART, Jerman: Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal dan Nico Williams mempamerkan permainan  memukau ketika membantu La Roja menewaskan Perancis 5-4 dalam perlawanan separuh akhir untuk mara ke final Liga Negara-Negara menentang Portugal.

Yamal menjaringkan dua gol manakala Williams turut mencetak gol dan membuat satu bantuan jaringan dengan kedua-dua pemain sayap itu berjaya memporak-perandakan pertahanan Perancis.

Mikel Merino dan Pedri melengkapkan jaringan juara Euro 2024 itu.

Bintang Perancis, Kylian Mbappe menyumbat penalti pada separuh masa kedua, namun Sepanyol sudah pun mendahului 5-1 dan kelihatan selesa, sebelum Les Bleus kembali bangkit selepas lawan mereka mengendurkan permainan.

Tiga gol lewat Perancis daripada rembatan padu Rayan Cherki, gol sendiri pemain Sepanyol dan jaringan masa kecederaan  Randal Kolo Muani tidak mencukupi untuk mengubah kedudukan.

Sepanyol akan menentang Portugal pada Ahad ini di Munich, manakala Perancis akan bersemuka dengan tuan rumah Jerman di Stuttgart bagi penentuan tempat ketiga, lebih awal pada hari yang sama. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN