MALAYSIA kini berada di persimpangan penting dalam sejarah pembangunannya. Sejak beberapa dekad lalu, urbanisasi pesat dan pembangunan tanah diangkat sebagai pemacu ekonomi, namun pencapaian tersebut sering dibayangi tragedi yang meninggalkan kesan kolektif. Runtuhan Highland Towers pada 1993, tanah runtuh Bukit Antarabangsa pada 2008, serta siri insiden di Ulu Klang termasuk Taman Hillview dan Kampung Pasir, menjadi peringatan kemajuan tanpa sandaran keselamatan yang mantap sentiasa terdedah kepada risiko. Banjir monsun tahunan…