BELANJAWAN 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa tekad jelas dengan misi signifikan iaitu kerajaan beriltizam untuk memulangkan semula hasil reformasi kepada rakyat. Kerajaan memilih untuk memperbaiki tatakelola dengan melaksana pelbagai langkah pembanterasan rasuah, penyelewengan, mengekang penyeludupan, memecah tembok dan melumpuhkan kartel, sekali gus menyelamatkan dana negara yang dapat digunakan untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara. Kejayaan reformasi tatakelola membolehkan kerajaan membentangkan belanjawan yang tidak membebankan rakyat…