LONDON: Jamie Carragher percaya Liverpool berada dalam ‘krisis’ selepas mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris. Pasukan juara itu tewas 3-2 kepada Brentford Sabtu lalu, kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan liga selepas tewas kepada Chelsea, Manchester United dan Crystal Palace. Kekalahan itu membuatkan The Reds kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, dan sudah pun menyamai jumlah kekalahan liga mereka sepanjang musim lalu. Pasukan bimbingan Arne Slot…










