KISAH tiga remaja Mohammad Aiman Afiq Mohd. Basri, 19, A’jwaa Abdul Hadi, 20 dan Mohammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, yang menghadapi kesulitan kewangan sehingga hampir-hampir menyebabkan mereka tidak dapat menyambung pengajian di universiti wajar kita renungi bersama. Memang benar bukan semua dilahirkan dalam dulang emas. Ramai yang terpaksa berusaha keras dan berikhtiar dengan pelbagai cara sebelum berjaya dalam menuntut ilmu ataupun berjaya dalam kehidupan. Walaupun dari segi geografi, ketiga-tiga…