PERBUATAN menghidang arak dalam majlis rasmi di negara ini oleh segelintir pihak bukan Melayu, walau apa pun alasan yang diberikan, tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Setelah sekian lama hidup bersama dan bermastautin di bumi Melayu-Islam, mereka seharusnya sudah memahami serta menghormati sensitiviti umat Islam, khususnya masyarakat Melayu. Ia termasuk dalam hal menjaga adab dan batas dalam setiap urusan rasmi mahupun sosial. Tindakan menghidang arak melanggar peraturan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan…