PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski melaungkan keyakinan anak buahnya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengutip tiga mata penuh ketika berdepan Laos alam aksi kelayakan Piala Asia 2027, malam ini. Menurut Cklamovski, persiapan pasukan berjalan dengan lancar dan beliau yakin semangat berpasukan yang kuat akan membantu Harimau Malaya untuk berdepan Laos yang dianggap sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran sengit. “Kami telah melakukan persiapan sebaik mungkin untuk meraih kemenangan esok…