PENGGUNAAN kuasa veto oleh Amerika Syarikat (AS) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti yang berlaku dalam resolusi berkaitan Gaza baru-baru ini, menimbulkan persoalan serius mengenai relevansi dan keberkesanan organisasi tersebut. Tindakan ini memperlihatkan kepentingan sesebuah negara anggota boleh menghalang usaha kolektif untuk mencapai keamanan dan keselamatan sejagat. Walaupun PBB masih berfungsi sebagai forum diplomatik yang penting, kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu AS, China, Perancis, Russia…