PETALING JAYA: Sejak dikenakan hukuman penggantungan tugas selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 17 Oktober lalu, Datuk Noor Azman tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, mesyuarat atau program rasmi FAM. Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung penyiaran gambar melibatkan Noor Azman bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. “Untuk makluman, gambar tersebut dirakamkan di luar acara atau majlis rasmi FAM mahupun FIFA…










