PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pihaknya telah mengemukakan rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan badan induk dunia itu. Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, rayuan itu buat pada hari terakhir semalam, dengan semakan rapi terhadap dokumen telah dilakukan bagi mengelak sebarang masalah berbangkit tentang bukti-bukti yang telah dilampirkan. “Rayuan ini tidak dibuat dengan ambil lewa atau terdesak, ia dibuat dengan teliti dan…