PETALING JAYA: Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj dan Nurul Farisya Alia Affendi membuktikan Malaysia memiliki pelapis bertaraf Asia apabila meraih pingat perak acara seirama 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Akuatik Asia, Ahmedabad, India kelmarin. Aksi berani tanpa gugup gandingan berusia 20 dan 16 tahun nyata mendapat pujian Pengarah Teknikal Terjun Negara, Yeoh Ken Nee yang menyifatkan prestasi mereka sebagai melangkaui jangkaan awal. “Eilisha dan Farisya melakukan persembahan…