ZAMAN pengglobalan mengubah landskap kehidupan manusia. Hasilnya, warga dunia kini hidup dalam dunia tanpa sempadan di mana berita dan maklumat daripada seluruh pelosok dunia tersebar sepantas kilat dan dapat dicapai sesiapa sahaja, asalkan ada capaian internet. Hal ini membuka pintu seluas-luasnya kepada pelbagai unsur asing, untuk menyelinap masuk, termasuklah berkaitan kebudayaan. Ia boleh dilihat melalui pengaruh dan fahaman asing yang bertentangan dengan amalan hidup tempatan, lantas mempengaruhi dan mengubah corak…