Dendam El Clasico berbalas

Dendam El Clasico berbalas

Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior (tengah) bertelagah dengan dua pemain Barcelona, Raphinha dan Lamine Yamal dalam aksi El Clasico di Santiago Bernabeu, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso memuji persembahan Jude Bellingham ketika membantu psukan membenam Barcelona 2-1 dalam aksi El Clasico yang penuh emosi, semalam.

Pemain antarabangsa England itu muncul wira selepas meledak gol kemenangan selain turut menjadi nadi kepada gol pertama Real yang dijaringkan penyerang berbisa, Kylian Mbappe.

Gol Bellingham melengkapkan minggu sempurna selepas turut menjaringkan gol tunggal ketika menundukkan Juventus 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu baru pulih selepas pembedahan bahu yang menyaksikannya berehat panjang pada awal musim, selain diketepikan daripada skuad England kendalian Thomas Tuchel bulan lalu.

“Kami nampak kualiti Bellingham ketika bertemu Juventus, hari ini (semalam) dan menentang Getafe minggu lalu. Tiga perlawanan yang amat bagus buatnya selepas pulih daripada kecederaan.

“Pada awalnya dia perlukan sedikit masa untuk dapat rentak, tetapi kini prestasinya malah lebih baik daripada yang kami jangkakan selepas rehat antarabangsa lalu, ketika dia kekal bersama kami dan bukan pasukan kebangsaan.

“Bellingham pemain yang beraksi berasaskan perasaan dan hubungan dengan rakan sepasukan, sebab itu dia mampu bermain dengan amat baik kebelakangan ini,” kata Alonso.

Bagaimanapun, kemenangan berkenaan dicemari dengan babak panas membabitkan Vinicius Junior yang menunjukkan rasa tidak puas hati apabila dikeluarkan tetapi Alonso menolak untuk memperbesarkan isu itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN