PETALING JAYA: Cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini dengan hujan menjadi cabaran buat pelumba menjelang Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini. Tidak seperti Formula 1 (F1), pemandu masih boleh melakukan ‘pit stop’ untuk menukar jenis tayar, tetapi, di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, percaturan bijak mekanik pasukan amat penting kerana permukaan trek boleh sahaja bertukar daripada kering kepada basah. Ketika diajukan persoalan tersebut…










