PEMBENTANGAN Belanjawan 2026 di Parlimen, esok diharap menjadi wadah penting bagi kerajaan memberi tumpuan khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Sektor ini bukan sekadar penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi juga nadi kepada ekosistem ekonomi dan guna tenaga negara. Oleh itu, langkah memperkasa PMKS perlu dirangka bukan lagi sebagai bantuan tahunan tetapi sebagai strategi pembangunan jangka panjang yang mampan dan berdaya saing di peringkat global.…