SESUNGGUHNYA bahasa Melayu sebagai bahasa negara sedang mengalami kepupusan, bahkan ada yang berpendapat ia sudah pun pupus, memandangkan proses kepupusan itu wujud dalam pelbagai bentuk. Kepupusan bahasa tidak semestinya berlaku hanya apabila bahasa itu lenyap sepenuhnya dari muka bumi selepas penutur jati terakhir meninggal dunia. Ia juga boleh berlaku apabila tiada lagi sesiapa yang mampu menuturkannya. Kepupusan seperti ini lazimnya berlaku pada bahasa komuniti minoriti di pedalaman yang sering tidak…