SABAH, Negeri di Bawah Bayu, tersergam megah dengan Gunung Kinabalu yang menjulang tinggi. Sekilas pandang sahaja sudah cukup untuk menampilkan keindahan dan keistimewaan negeri ini. Keindahan itu diperkaya lagi dengan kesantunan bicara, kehalusan bahasa, serta kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakatnya yang menarik. Kesemua ini bertambah istimewa dengan kehadiran penduduk yang berbilang etnik dan agama, menjadikan Sabah sebuah negeri yang kaya dengan warisan dan keharmonian. Rakyat Malaysia umumnya menyenangi suasana di…










