JOHANNESBURG: Tunisia menjadi wakil Afrika kedua selepas Maghribi yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Skuad yang terkenal dengan gelaran Les Aigles de Carthage itu layak selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Equatorial Guinea dalam aksi kelayakan, semalam. Dalam aksi itu, Mohamed Ben Romdhane muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus membawa Tunisia ke Piala Dunia buat kali ketiga. Jaringan…