Tunisia rombak Kabinet menjelang pilihan raya

Tunisia rombak Kabinet menjelang pilihan raya

ROMBAKAN Kabinet dibuat ketika Tunisia berdepan krisis kewangan serta gangguan bekalan air dan elektrik di kebanyakan wilayah di seluruh negara.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Presiden Tunia, Kais Saied semalam melakukan rombakan besar-besaran Kabinet antaranya melibatkan kementerian luar, pertahanan dan ekonomi menjelang Pilihan Raya Presiden pada 6 Oktober ini.

Uni komunikasi Presiden dalam satu kenyataan memaklumkan, kementerian pertahanan kini diketuai oleh Khaled Shili, sementara Mohamed Ali Nafti dilantik sebagai Menteri Luar.

Reuters melaporkan, Kais awal bulan ini memecat Perdana Menteri Ahmed Hachani, menggantikan beliau dengan Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri.

Kementerian yang kekal ialah kementerian kewangan, kehakiman dan kementerian dalam negeri.

Rombakan Kabinet itu dibuat ketika Tunisia berdepan krisis kewangan serta gangguan bekalan air dan elektrik di kebanyakan wilayah di seluruh negara.

Negara ini turut mengalami masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan dan barangan makanan, keadaan yang dipercayai disengajakan bagi meraih sokongan pengundi pada pilihan raya nanti.

Kais Saied, 66, memenangi Pilihan Raya Preseiden pada 2019, namun menggantung Parlimen pada 2021 selama 30 hari dan menukar pemerintahan negara dalam satu langkah yang mencetuskan kontroversi.

Beliau bakal bertanding pada Oktober ini dalam cubaan mengekalkan kuasa bagi penggal kedua.

Sepanjang berkuasa, beberapa pemimpin pembangkang dihadapkan ke mahkamah dan dipenjara atas salah laku ketika memerintah.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×