PETALING JAYA: Dua pelumba negara, Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan membawa misi yang sama hujung minggu ini memburu kejuaraan dengan kedudukan pendahulu keseluruhan menjadi sasaran pasukan SIC Racing. Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, buat Hakim Danish, perlumbaan di Litar Misano merupakan aksi penutup musim dan dia perlu menang dalam kedua-dua saingan untuk merampas takhta kejuaraan pada Piala RedBull MotoGP Rookies. “Minggu ini sangat penting, saya akan…