Terengganu juara MSSM bawah 18 tahun

Terengganu juara MSSM bawah 18 tahun

Pemain Terengganu (jersi putih) meraikan kejayaan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Stadium Kijang Emas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terengganu muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 selepas menewaskan Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir 2-2 di Stadium Kijang Emas, di sini hari ini.

Terengganu lebih awal memimpin perlawanan melalui jaringan Wan Muhammad Ameer Izzuddin Wan Mohd. Shukri pada minit ke-14 selepas mudah menewaskan penjaga gol, Aqeef Danish Mohd. Asrul Effendi.

Tersentak jaringan awal itu, Selangor bangkit melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan, namun hampa gara-gara penyudah yang tumpul dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Terengganu terus mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua jaringan Muhammad Harith Safwan Mohamad Sabri pada minit ke-61 selepas menanduk bola sepakan penjuru Muhammad Aidil Ashraff Mohd. Alif Mustaqim.

Selangor yang tidak putus asa melakukan serangan balas dan akhirnya memperoleh jaringan pertama pada ke-64 menerusi rembatan deras Muhammad Hazreen Hazimi Naza dari luar kotak penalti.

Selangor kembali menghidupkan peluang pada minit ke-79 Selangor apabila berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2 menerusi Vincenzo Oliveo D’Dozel Donny sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN