Terengganu juara MSSM 2025

Terengganu juara MSSM 2025

TERENGGANU merangkul kejuaraan bawah 18 dan 15 tahun Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Kijang Emas, Kota Bharu, Kelantan semalam. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Atlet muda Terengganu berada pada kelas tersendiri selepas berjaya menjulang tiga piala termasuk merangkul kejuaraan keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Kijang Emas, di sini semalam.

Terengganu muncul juara kategori bawah 18 dan 15 tahun selain meraih tempat ketiga untuk kategori bawah 12 tahun.

Ketua Kontinjennya Ahmad Azli Ismail berkata, kejayaan cemerlang itu adalah hasil semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain dan pegawai pasukan termasuk barisan kejurulatihan, sepanjang seminggu kejohanan berlangsung di negeri ini.

“Keseluruhan anggota kontinjen membentuk kerjasama erat sepanjang seminggu berkampung di Kelantan dan sejujurnya, kami bersama-sama menitiskan air mata kesyukuran apabila mendengar tiupan wisel penamat pada setiap perlawanan.

“Itulah bukti komitmen kami semua demi mencipta satu kejayaan besar yang boleh membanggakan bukan hanya MSST tetapi negeri Terengganu secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ahmad Azli berkata, kejayaan itu mengubati kekecewaan tahun lalu yang menyaksikan MSST tersingkir di peringkat kumpulan dalam kategori bawah 18 tahun, serta sekadar berpuas hati di tempat ketiga untuk kategori bawah 15 tahun dan tempat kelima bagi kategori bawah 12 tahun.

“Tahun depan kita berdepan cabaran lebih sukar untuk mempertahankan kejuaraan ini. InsyaAllah kita akan menambah baik sistem latihan, termasuk meningkatkan intensiti, supaya barisan pemain kita boleh melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah skuad bawah 18 tahun MSST, Muhammad Fahmi Muslim Mohammad Nawawi tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas dinobatkan pemain terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×