PETALING JAYA: Beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akhirnya berjaya melunaskan dendam terhadap gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan apabila mara ke suku akhir China Masters di Shenzen, semalam. Pasangan No. 3 dunia itu yang sebelum ini dikecewakan lawan sama di pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, bangkit menundukkan mereka 21-16, 22-20 dalam masa 35 minit. Lebih manis, kemenangan tersebut juga menyaksikan rekod pertemuan kembali…








