PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara perlu menewaskan Singapura bagi menghidupkan peluang mereka untuk menamatkan kempen Piala Asia 2025 sebagai pasukan kelima terbaik kejohanan. Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim mengakui pasukannya itu perlu mendapatkan kemenangan dalam baki tiga perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan dalam satu kumpulan secara round-robin. Malaysia dijadual bertemu Singapura di Stadium Gongshu Canal Sports Park, hari ini sebelum bertemu Thailand (esok)…