Speedy Tigress waspada ancaman Sepanyol

Speedy Tigress waspada ancaman Sepanyol

SKUAD hoki wanita negara akan berdepan Sepanyol dalam perlawanan pertama kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.-Ihsan MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara bakal memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024  apabila dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, Sepanyol pada hari ini.

Atas kertas, Malaysia mempunyai jurang yang luas dengan Sepanyol apabila lawan berada di ranking ke-8 Dunia, sementara skuad negara berada 10 anak tangga di bawah kuasa besara Eropah itu.

Tiga rekod perlawanan sebelum ini juga tidak memihak kepada skuad negara dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika Kejohanan Tiga Penjuru di Rom, Itali yang menyaksikan Malaysia dibenam 2-4.

Begitupun jurulatih kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim meminta anak buahnya untuk tidak terlalu memikirkan rekod lampau, sebaliknya berusaha untuk memberikan tentangan sengit ke atas pasukan Sepanyol.

“Kita ada ramai pemain yang telah didedahkan ketika Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dan ada diantara mereka sudah memperoleh tiga hingga empat kaps.

“Ini peluang yang terbaik untuk kami membina semua pemain muda ini. Apabila ramai pemain senior tidak ada, kami kena mencuba untuk menukar struktur, mengikut kekuatan pemain yang baru,” jelas Nasihin.

Biarpun Speedy Tigress ke Valencia kali ini tanpa pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid, namun Nasihin masih boleh menarik nafas lega apabila penyerang, Nuramirah Syakirah Zulkifli dan Kirandeep Kaur telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

“Untuk Amirah, kami masih perlu berjaga-jaga dengan keadaannya, sebab dia baru sahaja pulih daripada kecederaan. Prestasinya amat bagus, jadi saya percaya dia akan dapat membantu pasukan.

“Mengenai Kirandeep, dia sudah pun terlepas dua kejohanan sebelum ini kerana komitmen terhadap pelajaran. Tetapi saya boleh nampak kehadirannya di bahagian tengah akan memberikan impak yang besar kepada pasukan,” tambah Nasihin.

Selain Sepanyol, Malaysia juga akan berdepan dengan Great Britain dan Kanada dalam Kumpulan B untuk kejohanan kelayakan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya