PETALING JAYA: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi membendung salah laku pemain dan pegawai pasukan. Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader menegaskan, SOP itu digubal selepas pihaknya mendapati insiden keterlaluan seperti menceroboh gelanggang, membaling botol air, memaki pengadil serta menendang papan iklan semakin menjadi-jadi sepanjang saingan Liga Sepak Takraw (STL) Grand Prix 2025 di Kuala Lumpur dan Johor Bahru baru-baru ini. “Perkara ini mencemar imej…