Sentuhan Ronaldo julang Portugal

Sentuhan Ronaldo julang Portugal

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya melepasi halangan pertahanan Armeni dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Yerevan, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELAYAKAN PIALA DUNIA (EROPAH)

KEPUTUSAN

Armenia 0-5 Portugal
England 2-0 Andorra
Austria 1-0 Cyprus
San Marino 0-6 Bosnia
Ireland 2-2 Hungary

YEREVAN: Cristiano Ronaldo dan Joao Felix masing-masing menjaringkan dua gol ketika Portugal membelasah Armenia 5-0, semalam sekali gus mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan F kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Juara Liga Negara-Negara itu, tidak berdepan banyak masalah mengekang ancaman terhad Armenia dan selepas gol keempat, mereka merehatkan beberapa tonggak utama sambil menggunakan momentum untuk mempamerkan gaya permainan lebih kreatif.

Sebelum perlawanan, Portugal, yang beraksi buat pertama kali selepas kematian penyerang Liverpool, Diogo Jota bersama adiknya, Andre Silva dalam kemalangan jalan raya, menyaksikan kedua-dua pasukan bertafakur seminit sebelum sepak mula di Stadium Republikan Vazgen Sargsyan sebagai penghormatan.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu, berada pada prestasi terbaik, dengan Ronaldo yang kini berusia 40 tahun meledak dua gol, satu pada setiap separuh masa, termasuk rembatan kencang dari jarak jauh.

Ia sekali gus menyaksikan jumlah gol antarabangsa dijaringkan Ronaldo adalah sebanyak 140.

Dua gol daripada Felix, rakan sepasukan baharu Ronaldo di kelab Arab Saudi Al Nassr, serta sumbangan seorang lagi pemain berpangkalan di Saudi, Joao Cancelo memberi kemenangan bergaya kepada Portugal.

Pemain pertahanan kiri Lazio, Nuno Tavares percaya gol minit ke-21 yang dijaringkan Ronaldo membawa makna istimewa kerana nombor 21 adalah nombor jersi Jota ketika bersama skuad kebangsaan.

“Kami semua gembira kerana ia menunjukkan dia (Jota) bersama kami, dia ada di sana, dan ketika itu, gol Ronaldo seolah-olah tercipta kerana dirinya. Dia akan sentiasa bersama kami,” kata Tavares.

Ronaldo pula menulis di media sosial bahawa ia adalah ‘langkah pertama’ dalam usahanya untuk beraksi pada Piala Dunia keenamnya.

Portugal akan menentang Hungary pada Rabu ini untuk perlawanan seterusnya dalam kempen kelayakan.

Dalam satu lagi perlawanan, menyaksikan walaupun Hungary beraksi dengan 10 pemain pada 30 minit terakhir tetapi mereka masih berjaya mengikat Republik Ireland 2-2 di Dublin. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN