PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) perlu menyalahkan ‘diri sendiri’ susulan kegagalan meraih sebarang mata apabila tewas 2-4 di tangan Bangkok United pada aksi pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. Perkara itu diakui pengendali Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi yang berkata, kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan anak buahnya telah menghukum pasukan itu kerana membenarkan kelab Thailand tersebut bermain dengan selesa. Jelasnya, kekalahan itu memberi…