Selangor FC fokus lawan Bangkok United

Selangor FC fokus lawan Bangkok United

Pemain Selangor FC, Alvin Fortes (tengah) diasak dua pemain Malaysian University pada aksi Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatihnya, Kinoshi Katsuhito tidak mahu pemainnya hanyut dengan kemenangan besar 9-0 ke Malaysian University Football Team (MUFT) pada aksi kedua Pusingan 16 Piala FA 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MBPJ), kelmarin.

Sebaliknya, pengendali dari Jepun itu mahu anak-anak buahnya segera menumpukan perhatian kepada cabaran lebih getir termasuk saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26 menentang kelab dari Thailand, Bangkok United pada Khamis ini.

“Saya berpuas hati dengan semangat serta mentaliti pemain. Kemenangan 9-0 ini memang besar, tetapi bagi saya yang lebih penting ialah sikap dan fokus mereka.

“Selepas wisel penamat, cerita perlawanan ini sudah berakhir. Hari ini boleh raikan sekejap, selepas itu kami kena terus fokus untuk aksi seterusnya kerana jadual padat,” katanya.

Menurut Katsuhito, pasukan gergasi merah itu tidak boleh memandang rendah cabaran mendatang termasuk aksi getir menentang Bangkok United.

“Bangkok United pasukan berkualiti, ada pemain import bagus dari Serbia dan Jepun. Tetapi kami akan lawan habis-habisan.

“Semangat kami bukan sebagai underdog, tetapi untuk mencabar mereka dan cuba menang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN