INSIDEN pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Kuantan baru-baru ini mencetuskan semula perdebatan tentang keperluan dan kebijaksanaan Malaysia membeli pesawat pejuang terpakai dari Kuwait. Dalam suasana geopolitik yang semakin mencabar dan keperluan pertahanan udara yang mendesak, persoalan ini bukan sekadar teknikal tetapi juga strategik dan nasional. LATAR BELAKANG PEROLEHAN HORNET KUWAIT Malaysia sudah mendapat kelulusan rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) untuk memperoleh sehingga…